NinjaChat

Dapatkan kemaskini terkini mengenai bungkusan anda, pemberitahuan status masa nyata, dan berbual dengan ejen langsung melalui aplikasi perbualan pilihan anda - bila-bila masa, di mana saja.

the official logo of Facebook Messenger, one of the platforms to use NinjaChat in official colorsthe official logo of Telegram, one of the platforms to use NinjaChat in official colorsthe official logo of Viber, one of the platforms to use NinjaChat in official colors
a banner showing Ryo holding a phone with the screen showing him chatting with a NinjaChat

Jadi sebahagian daripada NinjaChat hari ini

Urus penghantaran dan dapatkan keterlihatan penuh, semuanya di hujung jari anda.


Soalan Lazim (FAQ)

Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang paling popular mengenai NinjaChat.

Bagaimana saya boleh melanggan/membatalkan langganan NinjaChat?

Langkah 1: Untuk melanggan NinjaChat, pilih saluran perbualan pilihan anda untuk berkomunikasi dengan kami (Facebook Messenger, Telegram, atau Viber).

Langkah 2: Setelah anda diarahkan ke aplikasi perbualan pilihan anda, klik 'Mula' untuk pengesahan nombor telefon anda. Selepas pengesahan, anda secara rasmi boleh melanggan dan akan mendapat akses ke pelbagai pilihan bantuan diri.

Nota: Jika nombor telefon anda belum didaftar dengan kami sebelum ini, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon anda untuk menerima OTP yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran.

Jika anda ingin membatalkan langganan, pergi ke 'Tetapan Akaun', klik 'Batal Langganan', sahkan bahawa anda ingin membatalkan langganan, dan pilih alasan untuk membatalkan.

Bolehkah saya berhubung dengan ejen langsung melalui NinjaChat?

Ya, anda boleh. Klik pada 'Pertanyaan' dan pilih 'berbual dengan ejen langsung'.

Waktu operasi perbualan langsung kami adalah dari 9 pagi - 7 petang, Isnin hingga Sabtu, dan 9 pagi - 6 petang pada Ahad, kecuali pada hari cuti umum.

Adakah saya boleh bertukar untuk berhubung dengan ejen melalui panggilan semasa menggunakan NinjaChat?

Anda tidak dapat bertukar untuk berhubung dengan ejen semasa berinteraksi dengan bot atau ejen langsung. Sila hubungi kami di +60 111 722 5600, bila-bila masa dari 8 pagi hingga 8 petang pada hari Isnin hingga Sabtu (kecuali hari cuti umum), jika anda ingin berbicara dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami.

Saya tidak dapat mendaftar dalam NinjaChat, apakah yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi kami di +60 111 722 5600, bila-bila masa dari 8 pagi hingga 10 malam pada hari Isnin hingga Sabtu (kecuali hari cuti umum) untuk mendapatkan bantuan.


Testimoni

Baca lebih lanjut tentang bagaimana NinjaChat telah membolehkan pelanggan menyelesaikan isu mereka dengan berkesan.