Pemilihan Dan Pembungkusan Yang Dipermudahkan Dan Kos Efektif
Pemenuhan Dalaman
.webp)
- Kos yang tinggi
- Memakan masa
- Kurang cekap
- Sukar untuk diperluaskan dengan saiz perniagaan
Ninja Fulfilment
.webp)
- Kos operasi yang lebih rendah
- Jimat masa
- Kadar kesilapan, kelewatan, dan pulangan yang lebih rendah
- Bayar mengikut penggunaan
Bagaimana Ia Berfungsi
Jom tengok apa yang berlaku pada produk anda sebaik saja sampai di salah satu hab pemenuhan kami! Dengan teknologi canggih dan cara kerja yang efisien, kami dapat proses pesanan dengan lebih pantas dan hantar dalam skala besar tanpa lengah.

Pemenuhan yang Pantas, Mudah, dan Dipercayai
Pelanggan sentiasa menuntut penghantaran yang lebih cepat. Beberapa jam antara pesanan yang dibuat dan pada saat mereka menerima barangan membuat perbezaan yang amat ketara.
Pusat pemenuhan kami di seluruh Asia Tenggara membantu perniagaan untuk menghantar pesanan mereka dalam tempoh yang melebihi jangkaan pelanggan.
Kami menyediakan paparan penuh dan kemas kini waktu nyata untuk aktiviti gudang dan pergerakan inventori melalui Sistem Pengurusan Gudang kami.
Pusat Pemenuhan Terkini Kami Di Malaysia

Pada Januari 2022, kami melancarkan gudang automasi terbaru dan terbesar kami di Shah Alam!
Untuk memenuhi permintaan e-dagang yang semakin meningkat, Ninja Van Malaysia telah melabur dalam fasiliti seluas 260,000 kaki persegi yang dilengkapi teknologi automasi penyisihan bungkusan dan pergudangan.
Dengan sistem automasi bersepadu yang baru ditambah, proses penyisihan bungkusan kini boleh menimbang, mengukur, dan mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam!
Sistem ini juga menyediakan data bungkusan yang tepat secara masa nyata, meningkatkan kecekapan penyisihan dan penjejakan.
Hasilnya, kapasiti pemprosesan harian dijangka meningkat hampir 35%, membolehkan penghantaran lebih pantas dan lancar di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan Pemenuhan Kami
Selain daripada pemilihan, pembungkusan, dan penyusunan biasa, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan untuk pelanggan e-dagang kami.
Semua rakan pemenuhan boleh memilih perkhidmatan tambahan seperti penyimpanan dalam bilik suhu terkawal, penyusunan maya untuk kempen pemasaran, pembungkusan kustom, dan banyak lagi.
