Sokongan
Adakah anda seorang…
Pengirim
Perlukan bantuan dengan membuat pesanan, penjejakan bungkusan atau pembungkusan?
Ketahui Lebih Lanjut
Soalan Lazim (FAQs)
Lawati halaman Ninja Helpdesk untuk mendapatkan senarai penuh Soalan Lazim. Untuk pertanyaan, permintaan atau maklum balas lain, sila lawati halaman Hubungi Kami.
ID Penjejakan
ID penjejakan saya tidak sah
Hubungi pengirim dan semak sama ada nombor penjejakan yang anda terima adalah betul.
ID penjejakan saya tiada, apakah yang perlu saya lakukan?
ID penjejakan anda boleh ditemui di banyak tempat. Semak e-mel dan pemberitahuan yang dihantar kepada anda oleh pengirim.
Sila hubungi support_my@ninjavan.co untuk bantuan lanjut.
Status pesanan
Di mana bungkusan saya?
Untuk menjejak bungkusan anda, lawati halaman Penjejakan dan masukkan ID penjejakan unik anda.
Sebagai alternatif, langgan NinjaChat dan dapatkan kemas kini melalui saluran komunikasi pilihan anda.
Penghantaran bungkusan saya tertangguh
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Di Ninja Van, kami berusaha untuk menghantar pesanan anda secepat mungkin.
Kami memohon persefahaman anda untuk sebarang kelewatan. Sebab-sebab kelewatan mungkin termasuk:
- Kejadian tidak diingini seperti bencana alam dan keadaan cuaca buruk
- Komplikasi pelepasan kastam
- Tempoh puncak dengan jumlah jualan yang tinggi
Jika pesanan anda tertangguh untuk tempoh masa yang panjang, sila hubungi sokongan kami di support_my@ninjavan.co atau +60 111 722 5600 untuk bantuan lanjut.
Kami akan cuba sedaya upaya untuk membuat susulan dan mengutamakan bungkusan tertangguh.
Ada sebarang pertanyaan?
Ejen langsung kami sedia membantu di NinjaChat.