Logistik Mudah untuk Jenama Kecantikan Baharu

Membina jenama kecantikan memerlukan lebih daripada produk berkualiti—ia perlukan rakan logistik yang dipercayai untuk penghantaran yang lancar dan kos efektif. Bagi jenama baru, penghantaran antarabangsa boleh mencabar tanpa sokongan yang tepat.
Cabaran Utama

Sebuah jenama kosmetik yang berkembang di Singapura, mendapatkan produk penjagaan kulit daripada beberapa pembekal di Korea Selatan. Sebagai pengimport kali pertama, pengasasnya kurang berpengalaman dalam logistik antarabangsa, menyukarkan pengurusan penghantaran dan prosedur kastam.
Jenama ini turut berdepan kos penghantaran tinggi dengan kurier tradisional dan kesukaran menyelaras penghantaran dari 2–3 pembekal dengan jadual berbeza, menyebabkan kelewatan dan kos tambahan.
Selain itu, pembungkusan tidak efisien meningkatkan kos CBM dan risiko kerosakan produk. Proses mendapatkan kelulusan HSA di Singapura juga memerlukan dokumentasi dan pematuhan yang tepat.
Penyelesaian Ninja Van

Ninja Freight menyediakan penyelesaian logistik menyeluruh untuk mengatasi cabaran penghantaran rentas sempadan, justeru membolehkan mereka fokus pada pengembangan jenama tanpa risau tentang logistik.
1. Penyelarasan penghantaran yang lancar
Pelan logistik disesuaikan untuk menggabungkan penghantaran dari beberapa pembekal di Korea Selatan.
- Pengurusan komunikasi untuk menyelaras jadual penghantaran.
- Urusan Bill of Lading (BL) diuruskan untuk pelepasan kastam dan penghantaran lancar di Singapura.
2. Pengoptimuman pembungkusan untuk penjimatan kos
Ninja Freight memberikan panduan pembungkusan terbaik untuk membantu mengurangkan kos dan mengelakkan kerosakan.
- Pembungkusan dioptimumkan untuk menjimatkan CBM dan kos penghantaran.
- Perlindungan produk lebih kukuh semasa penghantaran laut.
3. Panduan import yang lengkap
Sokongan penuh disediakan untuk memudahkan proses import.
- Pengurusan penghantaran dari tempahan hingga penghantaran akhir.
- Memberikan konsultasi mengenai keperluan lesen HSA berdasarkan klasifikasi kod HS.
Pencapaian

- Urusan lancar tanpa gangguan: Pelanggan kami boleh fokus sepenuhnya pada pengembangan jenama mereka, sementara Ninja Freight uruskan semua hal logistik — daripada koordinasi dengan pembekal hingga pelepasan kastam.
- Jimat kos penghantaran: Penghantaran yang digabungkan dan pembungkusan yang dioptimumkan bantu kurangkan kos penghantaran.
- Proses import mudah & jelas: Panduan lengkap tentang keperluan peraturan memastikan proses kastam berjalan lancar dan patuh sepenuhnya kepada piawaian HSA.
Rantaian bekalan yang konsisten dan terurus: Penghantaran tujuh palet setiap bulan secara konsisten bantu pastikan stok sentiasa cukup untuk sokong pertumbuhan perniagaan pelanggan kami.
____________________________________________________________________________________________________________________
“Sebagai pengimport kali pertama yang menguruskan perniagaan kecil, kami pada mulanya agak buntu tentang cara mengendalikan urusan logistik dan pematuhan. Ninja Freight dengan pantas menjadi penyelesaian utama kami — menguruskan segalanya dari awal hingga akhir, termasuk proses permulaan sehinggalah penghantaran tiba di gudang. Seluruh pengalaman jadi mudah dan tanpa sebarang kerumitan, membuktikan bahawa mereka benar-benar rakan penghantaran yang boleh dipercayai.
Dengan bantuan Ninja Freight, kami dapat fokus pada pembangunan dan pengedaran produk, sementara mereka uruskan selebihnya dengan penuh profesionalisme. Kami rasa sangat bertuah dapat bekerjasama dengan rakan yang boleh diharap seperti Ninja Freight dan tak sabar untuk teruskan kerjasama ini pada masa akan datang.”
____________________________________________________________________________________________________________________
Logistik Pintar untuk Perniagaan FMCG dan Runcit
Terus berkembang dalam industri FMCG dan runcit yang pantas dengan penyelesaian penghantaran yang boleh dipercayai dan kos efektif.
Hubungi kami hari ini untuk memacu pertumbuhan perniagaan anda.